Scroll untuk baca artikel
Ads
Aceh

Institusi Dzurriyat Radja Sultan se-Nusantara Tetapkan Salasilah Nasab Dato’ Sri Pengiran Sayyid Khairul

27
×

Institusi Dzurriyat Radja Sultan se-Nusantara Tetapkan Salasilah Nasab Dato’ Sri Pengiran Sayyid Khairul

Sebarkan artikel ini
IMG 20260724 231007

Institusi Dzurriyat Radja Sultan se-Nusantara menetapkan pengiktirafan salasilah nasab YM. Dato’ Sri Pengiran Dr. Sayyid Khairul bin Dato’ Sayyid Ahmat, Pengerusi Pertubuhan Khazanah Adat Budaya Pengiran Darul Hana, Kuching, Sarawak, Malaysia, melalui dua surat pengiktirafan yang diterbitkan pada Julai 2026. Foto: Istimewa.

Banda Aceh, Acehinspirasi.com l Institusi Dzurriyat Radja Sultan se-Nusantara menetapkan pengiktirafan salasilah nasab YM. Dato’ Sri Pengiran Dr. Sayyid Khairul bin Dato’ Sayyid Ahmat, Pengerusi Pertubuhan Khazanah Adat Budaya Pengiran Darul Hana, Kuching, Sarawak, Malaysia, melalui dua surat pengiktirafan yang diterbitkan pada Julai 2026.

Pengiktirafan tersebut dituangkan dalam Surat Nomor 01/A/IDRSN/VII/2026 yang menyatakan pengesahan salasilah nasab YM. Dato’ Sri Pengiran Dr. Sayyid Khairul bin Dato’ Sayyid Ahmat sebagai dzurriyat (keturunan) kepada Sayyid Jamaluddin Al Akbar Al Husseini atau Syeikh Jumadil Kubra.

Sementara itu, Surat Nomor 02/A/IDRSN/VII/2026 mengiktirafkan beliau sebagai dzurriyat (keturunan) kepada Syarif Muhammad Kebongsuan ibni Sayyid Jamaluddin Al Akbar Al Husseini atau Syeikh Jumadil Kubra.

Pengerusi dan Pengetua Institusi Dzurriyat Radja Sultan se-Nusantara, Dato’ Kiam Radja TG. Prof. Dr. (HC) Fekri Juliansyah, Ph.D., menyatakan bahwa ketetapan tersebut merupakan hasil penelitian yang berlangsung selama hampir dua tahun, yakni sejak 2024 hingga 2026.

“Pengiktirafan ini didasarkan atas kajian nasab yang dilakukan melalui penelitian manuskrip, catatan keluarga, wawancara, serta berbagai data dan informasi yang dihimpun untuk menetapkan salasilah nasab YM. Dato’ Sri Pengiran Sayyid Khairul bin Dato’ Sayyid Ahmat,” ujarnya.

Girl in a jacket